Tentang Kami

Tentang Kami

INFO RINGKAS PERSATUAN PEMBANGUNAN DAYAK BINTULU (BANGUN)
Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu (BANGUN) ini telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 26 Januari 2021 dengan nombor pendaftaran PPM-019-13-26012021.

BANGUN ditubuhkan sebagai landasan untuk mendidik ahli persatuan khasnya dan masyarakat Dayak umumnya dari segi kemahiran dalam aspek pembangunan ekonomi, pertanian, pendidikan, kebudayaan dan kesenian.

  • Matlamat utama penubuhan BANGUN termasuklah:
  • Untuk memupuk sensitiviti ahli persatuan akan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.
  • Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran ahli persatuan dari aspek pembangunan ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian.
  • Untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan latihan untuk perkembangan dan pembangunan ke arah meningkatkan taraf ekonomi, kesejahteraan kehidupan, kebudayaan dan kesenian.
  • Untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti sosial ke arah mengeratkan perpaduan dan persahabatan di antara ahli persatuan.
  • Untuk menjalin kerjasama dengan pihak kerajaan, swasta dan pertubuhan berdaftar yang lain yang mempunyai matlamat yang sama ke arah pembangunan diri ahli-ahli khasnya dan masyarakat Dayak di Bintulu amnya sejajar dengan motto BANGUN, “Together We Achieve More.”
  • Dari segi keahlian, BANGUN mempunyai empat (4) kategori ahli iaitu Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup, Ahli Bersekutu, Ahli Kehormat dan Ahli Remaja. Keahlian BANGUN hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, mesti berketurunan Dayak (Dayak Laut, Dayak Darat dan Orang Ulu) dan bekerja atau menetap di Bintulu, Sarawak sahaja. Kaum lain yang bukan berketurunan Dayak boleh memohon untuk menjadi Ahli Bersekutu tetapi tidak boleh mengundi dan tidak boleh memegang jawatan utama dalam persatuan. Ahli Kehormat pula akan dipilih oleh Jawatankuasa daripada kalangan kaum Dayak yang berjasa kepada masyarakat, negeri atau negara dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan serta dikecualikan daripada membayar yuran manakala Ahli Remaja dibuka kepada kaum Dayak yang berumur di bawah 18 tahun dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga mereka yang sah. Seperti Ahli Bersekutu, Ahli Remaja juga tidak boleh mengundi atau memegang jawatan utama dalam persatuan.

Yuran keahlian adalah seperti berikut:

  • Yuran Masuk: RM10.00 (dibayar sekali sahaja semasa mendaftar sebagai Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu atau Ahli Remaja)
  • Yuran Tahunan: RM50.00 setahun (boleh dibayar sekaligus atau dibayar
  • secara ansuran untuk Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu atau Ahli Remaja sahaja)
  • Yuran Keahlian Seumur Hidup: RM300.00 (dibayar sekaligus apabila mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup)
  • No. akaun persatuan – RHB Bank 2110-5200-0343-76

Untuk pendaftaran online, sila clik di SINI

Lambang Persatuan BANGUN

Keterangan

  1. Latar belakang berwarna hijau mencerminkan perkembangan dan kemajuan aktiviti yang dinamik dalam persatuan.
  2. Lima (5) helai daun berbentuk grafik melambangkan Kemahiran, Keteguhan, Keharmonian, Keazaman dan Kejayaan.
  3. Setiap warna pada daun tersebut mengandungi maksud yang tersendiri seperti berikut:
    a. Putih di tengah – membawa maksud hati yang suci bersih dan kemurnian jiwa dalam mendukung aktiviti persatuan berlandaskan kejujuran, keikhlasan, penuh sopan santun dan kaya budi pekerti.

3
b. Merah – membawa maksud berani meneroka dan mencuba sesuatu yang
baharu serta mencabar.
c. Biru – membawa maksud kecekalan dan ketabahan semasa melalui sesuatu rintangan dan kesukaran.

  1. Warna hitam pada perkataan Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu
    (BANGUN) adalah melambangkan perpaduan erat dan kerjasama yang kukuh dalam kalangan ahli yang merupakan teras asas kepada pertubuhan ini.

Sebarang maklumat atau pertanyaan tentang Persatuan BANGUN boleh dilayari di https://bangun.org atau diperolehi secara terus daripada pegawai kami seperti berikut:

  1. Encik Thwaites Anak Langak (Pengerusi) di talian +6012 898 4328
  2. Encik Johnny Anak Chuat (Ketua Publisiti) di talian +6013 575 5769

Visi

Menjadi wadah pelonjak tahap ekonomi Dayak Bintulu.

Misi

Memberikan sumbangan bermakna kepada pembelajaran dan pendidikan pembangunan ekonomi Dayak Bintulu menerusi penganjuran program jaringan sosial, penyediaan prasarana, penerokaan peluang perniagaan dan penyebaran ilmu.